Wednesday, 26 March 2014

LAWATAN KUNJUNG BANTU SIP+ DAN SISC+

SIP+ dan SISC+ daerah Segamat yang telah menerima surat pelantikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 6 Februari 2014 di Jabatan Pendidikan Johor telah pun melaksanakan tugas mereka dengan melawat sekolah dibawah seliaan mereka.
Bilangan SIP+ yang selayaknya seramai 4 orang. Walau bagaimanapun setakat ini hanya 2 orang sahaja yang baru mendapat surat pelantikan iaitu En Sallehuden Bin Zulkifli dan Tn Hj Sazali Bin Ahmad. Bagi jawatan SISC+, mereka yang dilantik ialah Tn Hj Mohd Noor Bin Abdullah, SISC+ Bahasa Melayu Menengah dan En ZainalAbidin Bin Abd Kadir, SISC+ Bahasa Inggeris Menengah. Bagi sekolah rendah, SISC+ Matematik yang dilantik ialah En Mohd Jazzmill Bin Hj Ahamad dan Pn Himawati Bte Hassan manakala SISC+ Bahasa Melayu ialah En Hassan Bin Hj Yunus, En Abd Razak Bin Yassin dan Tn Hj Zainal Ariffin Bin Suhimi.
Dengan pelantikan SIP+ dan SISC+ berkenaan, adalah diharapkan mereka dapat membantu dan membimbing pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah di daerah ini.

DISKUSI PENINGKATAN PRESTASI SSIG2 SEKOLAH KEBANGSAAN

Diskusi peningkatan prestasi bagi sekolah kebangsaan kumpulan 2 telah diadakan pada 19 Mac 2014 bertempat di SK Kuala Paya, Segamat. Tujuan ianya diadakan adalah untuk mengenal pasti status kedudukan sekolah dalam peperiksaan UPSR dan penarafan sekolah dalam SKPM. Semua 11 buah sekolah terlibat hadir bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran masing-masing. Turut serta bagi mempengerusikan diskusi berkenaan ialah Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ bagi kumpulan 2. Adalah diharapkan dengan adanya diskusi berkenaan, semua guru besar terlibat akan mengenal pasti dimana mereka berada, kemana mereka hendak tujui dan bagaimana untuk mencapainya dalam memimpin sekolah masing-masing.

Sunday, 23 March 2014

DISKUSI PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH SSIG2 2014

Diskusi yang julung kalinya dilaksanakan pada 27 Februari 2014 di SMK Gemereh bersama-sama 27 orang Pengetua dan Guru Besar yang dipengerusikan oleh Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ dan dibantu oleh Tn Hj Mohd Noor Bin Abdullah, En Zainal Ariffin Bin Abd Kadir dan Pn Himawati Bte Hassan selaku SISC+ daerah Segamat. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk memberikan penjelasan mengenai peranan SIPartner+ dan SISC+ dalam kumpulan ini. Diharapkan dengan diskusi berkenaan dapat menyuntik motivasi Pengetua dan Guru Besar.

Saturday, 22 March 2014

Selamat Datang

Selamat Datang ke Laman Segamat School Improvement Group!