Wednesday, 9 April 2014

DISKUSI SEGAMAT SCHOOL IMPROVEMENT GROUP

Diskusi berkenaan telah dilaksanakan pada 9 April 2014 di Bilik Gerakan DTP PPD Segamat. Tujuannya adalah untuk berkongsi pandangan dan pengalaman serta membincangkan isu yang timbul semasa kunjung bantu ke sekolah-sekolah berkenaan.
Hadir sama ialah Hj Sazali Bin Ahmad, En Sallehuden Bin Zulkifli, Mohd Jazzmill Bin Hj Ahamad, Tn Hj Zainal Ariffin Bin Suhimi, En Hassan Bin Hj Yunus, En Abd Razak Bin Md Yassin, En Zainalarifin Bin Hj Abd Kadir dan Pn Himawati Bte Hassan.

Tuesday, 8 April 2014

KITA MAMPU MEREALISASIKANNYA

Sebulan telah berlalu bagi melaksanakan kunjung bantu sebagai School Improvement Partner + (SIPartner+). Kebanyakan sekolah rendah telah dikunjungi, yang pasti bahawa semua murid yang dikunjungi yakin dengan bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar guru besar dan guru-guru, mereka mampu untuk memperolehi prestasi yang terbaik dalam sejarah hidup mereka.
Oleh yang demikian, kita sebagai perancang dan pelaksana sudah pasti akan mengatur segala strategi yang tepat bagi memastikan anak-anak
didik kita mencapai prestasi terbaik. Mereka sangat yakin bahawa kita mampu merealisasikan hasrat mereka.
Maka, sudah sampai masanya untuk kita bertindak dengan tepat dan berani. Jika SK Mensudut Pindah dan SJKC Karas telah menunjukkan buktinya bahawa mereka layak dianugerahkan New Deal pada tahun ini, mengapa pula sekolah kita tidak mampu mencapainya pada tahun hadapan? Mari kita buktikan, bahawa kita juga layak meraihnya...

Wednesday, 2 April 2014

DISKUSI PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH SJKT KUMPULAN 2

Diskusi tersebut telah dilaksanakan pada 26 Mac 2014 di Bilik Mesyuarat Al-Jazari, PPD Segamat. Seramai 3 orang Guru Besar dan 2 orang Pembantu Guru Besar telah hadir dalam diskusi berkenaan. Turut serta dalam diskusi berkenaan adalah Pn Himawati Binti Hasan, SISC+ Matematik dan En. S.Kanagalingam, PPPD Bahasa.
Guru Besar yang hadir ialah Pn Vasenther a/p Sukumarian, SJKT Labis; Pn. M.Givarani a/p Muniandy, SJKT Fortrose dan Pn. Jayanthy a/p S.Murugesu, SJKT Ladang Voules.
Dalam diskusi yang dipengerusikan oleh Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ telah membincangkan analisis trend UPSR, analisis trend SKPM disamping mengenal pasti masalah yang wujud disetiap sekolah dan kaedah menangani masalah tersebut. Adalah diharapkan diskusi ini dapat memberikan suntikan kepada peserta untuk meningkatkan mutu pengurusan dan prestasi sekolah.

Tuesday, 1 April 2014

IMEJ SEKOLAH IMEJ KETUA

 Beberapa buah sekolah telah sempat dikunjung bantu oleh SIPartner+ dan SISC+ daerah Segamat sepanjang bulan Mac ini. Semua sekolah yang dikunjungi telah menerima kahadiran kami dengan hati terbuka. Sepanjang kunjungan berkenaan, kami telah berbincang dari hati ke hati untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang diperolehi di sekolah berkenaan, disamping untuk merapatkan tali persahabatan antara SIPartner+/SISC+ dengan pihak sekolah terutamanya Guru Besar.
Banyak kekuatan yang diperolehi disetiap sekolah yang melibatkan aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Tahniah kepada Guru Besar yang telah memulakan langkahnya bagi memastikan kejayaan dan peningkatan prestasi sekolah masing-masing. Disamping prestasi akademik, kehadiran murid dan disiplin murid semestinya diambil kira.  Sesungguhnya kebersihan, keceriaan dan kekemasan kawasan sekolah adalah lambang imej pentadbirnya. Oleh itu, adalah diharapkan Guru Besar dapat meningkatkan imej sekolah masing-masing.