Program "STORM" UPSR daerah Segamat telah diadakan pada 17 Ogos 2014 di PPD Segamat, 18 Ogos 2014 di SK Batu Anam dan 19 Ogos 2014 di SJKC Labis. Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memberikan motivasi dan sentuhan akhir kepada guru-guru tahun 6. Adalah diharapkan mereka dapat menyuntik semangat berguna kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Sazali B Ahmad, SIPartner+ dan Tn Hj Mohd Noor B Abdullah, SISC+ Bahasa Melayu Menengah. Turut serta sebagai Urus setia program berkenaan ialah En Hassan B Yunos, SISC+ Bahasa Melayu Rendah.
Friday, 26 September 2014
TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN KHEMAH HARI RAYA
Kumpulan SIPartners+ dan SISC+ telah dinobatkan tempat ke-3 dalam pertandingan khemah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat PPD Segamat yang diadakan pada 20 Ogos 2014. Hadiah telah disampaikan oleh En Yasiran B Maskom, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat. Tempat pertama ialah kumpulan Fasilinus manakala tempat kedua ialah kumpulan Majlis Guru Besar (MGB) Segamat. Tahniah atas kerjasama yang diberikan...
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU MUDA
Kursus Profesional bagi guru-guru muda daerah Segamat telah dilaksanakan pada 22 dan 23 September 2014 di SK Bandar Putra Segamat mulai jam 2.00 - 5.00 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Sazali B Ahmad, SIPartner+ dan Tn Hj Mohd Noor B Abdullah , SISC+ Bahasa Melayu Menengah.
Malaysia 2013-2025 (PPPM).
Turut serta menguruskan kursus berkenaan ialah En Yunos B Auda, Penyelia Pembangunan dan Bekalan, Tn Hj Mohd Elham B Soheh, Guru Besar SK Bandar Putra; Tn Hj Ramli B Ramlan, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman dan Tn Hj Saadon B Hj Virdani, Guru Besar SK LKTP Tenang.
TAKLIMAT DAN BENGKEL PLC DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Taklimat berkenaan juga akan disampaikan pada 7 Oktober 2014 di Bilik Seminar AlFarabi kepada semua Guru Besar dan pada 8 Oktober 2014 kepada semua PK1/PGB1.
PENERBITAN PUMPLET SIPARTNERS+, SISC+ DAN SKPM 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)