Wednesday, 3 December 2014

BENGKEL KERJA SSIG2

Bengkel kerja berkenaan telah dilaksanakan pada 2 dan 4 Disember 2014 di SK LKTP Tenang dan PPD Segamat. Tujuan...

Sunday, 16 November 2014

Thursday, 13 November 2014

CANTIKNYA SEKOLAH KITA



     
     
     

Nikmatilah suasana sekolah kita/rakan-rakan kita. Siapa kata KITA tidak pandai menguruskannya. Sekolah kita lambang diri kita sebagai pemimpin/ketua kepada organisasi kita. Ingat rakan-rakan, sebuah bangunan yang tersergam mencakar langit bermula dari sebatang pensil dan sehelai kertas. Oleh yang demikian, perancangan yang teliti sangat penting bagi memastikan kecemerlangan sekolah rakan-rakan. Gunakanlah segala ilmu dan kemahiran yang telah diperolehi, tambahkanlah dengan sekelumit motivasi diri dan "attitude" positif bagi memastikan pencapaian cemerlang sekolah rakan-rakan.

Buktikan!!!

Pemandangan sekolah anda akan dikeluarkan pada edisi akan datang, tunggu...

Tahniah kepada semua... Tahun 2015 tahun lonjakan bagi ssig2...

Monday, 10 November 2014

BENGKEL "PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY" (PLC)



   

       

Bengkel PLC Kumpulan 2 telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Oktober 2014 di SK Tebing Tinggi dan SK Buluh Kasap. Bengkel yang dipengerusikan oleh En Abdul Razak Bin Md Yassin, SISC+ Bahasa Melayu dan Pn Himawati Bte Hassan, SISC+ Matematik. 8 buah sekolah rendah yang terlibat ialah SK Buluh Kasap, SK Tebing Tinggi, SK LKTP Palong Timur 2, SJKC Kampung Tengah, SJKT Ladang Voules, SJKT Labis, SJKT Ldg Fortrose dan SJKT Ladang Nagappa. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan di sekolah masing-masing demi memartabatkan profesion pendidikan.


LAWATAN KERJA ANGGOTA KHIDMAT PELAKSANA (AKP)

Pada 15 September 2014, satu lawatan kerja telah dilaksanakan oleh AJK Anggota Khidmat Pelaksana (AKP) ke Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada Pembantu Am Rendah (PAR) dan Pembantu Am Pejabat (PAP). Lawatan yang julung kalinya diadakan bertujuan memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada mereka setelah sekian lama menaburkan khidmat bakti terhadap kerjaya mereka. Mereka dibawa melawat Muzium Negara, Masjid Negara dan Putra World Trade Centre (PWTC).
Dengan adanya lawatan tersebut juga mereka dapat menjalinkan hubungan keakraban sesama mereka disamping mengatur strategi bagi meningkatkan kerjaya mereka pada masa akan datang. Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ yang mengemudi lawatan berkenaan. Dapatan daripada lawatan berkenaan, mereka memuji pihak penganjur yang menghargai sumbangan mereka disamping lebih bermotivasi untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Monday, 6 October 2014

TAKLIMAT PLC DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Taklimat Professional Learning Community (PLC) atau Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) telah dilaksanakan pada 24 September 2014 kepada semua Pengetua dan PK1 sekolah menengah di Bilik Al Jazari, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat. Taklimat berkenaan juga telah disampaikan kepada semua Guru Besar sekolah rendah pada 7 Oktober 2014 dan kepada semua PK1/PGB1 sekolah rendah pada 8 Oktober 2014 di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, Segamat. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh SIPartner+ dan SISC+ dan En Prasad Rao, PPPD Bahasa Inggeris.

Friday, 26 September 2014

PROGRAM "STORM" UPSR 2014

Program "STORM" UPSR daerah Segamat telah diadakan pada 17 Ogos 2014 di PPD Segamat, 18 Ogos 2014 di SK Batu Anam dan 19 Ogos 2014 di SJKC Labis. Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memberikan motivasi dan sentuhan akhir kepada guru-guru tahun 6. Adalah diharapkan mereka dapat menyuntik semangat berguna kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Sazali B Ahmad, SIPartner+ dan Tn Hj Mohd Noor B Abdullah, SISC+ Bahasa Melayu Menengah. Turut serta sebagai Urus setia program berkenaan ialah En Hassan B Yunos, SISC+ Bahasa Melayu Rendah.

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN KHEMAH HARI RAYA

Kumpulan SIPartners+ dan SISC+ telah dinobatkan tempat ke-3 dalam pertandingan khemah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat PPD Segamat yang diadakan pada 20 Ogos 2014. Hadiah telah disampaikan oleh En Yasiran B Maskom, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat. Tempat pertama ialah kumpulan Fasilinus manakala tempat kedua ialah kumpulan Majlis Guru Besar (MGB) Segamat. Tahniah atas kerjasama yang diberikan...

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU MUDA

Kursus Profesional bagi guru-guru muda daerah Segamat telah dilaksanakan pada 22 dan 23 September 2014 di SK Bandar Putra Segamat mulai jam 2.00 - 5.00 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Sazali B Ahmad, SIPartner+ dan Tn Hj Mohd Noor B Abdullah , SISC+ Bahasa Melayu Menengah.
Tujuan kursus berkenaan tersebut dilaksanakan adalah untuk memberikan motivasi kepada guru-guru berkenaan dalam kerjaya mereka. Disamping itu, mereka juga didedahkan dengan Dasar-Dasar Kerajaan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM).
Turut serta menguruskan kursus berkenaan ialah En Yunos B Auda, Penyelia Pembangunan dan Bekalan, Tn Hj Mohd Elham B Soheh, Guru Besar SK Bandar Putra; Tn Hj Ramli B Ramlan, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman dan Tn Hj Saadon B Hj Virdani, Guru Besar SK LKTP Tenang.

TAKLIMAT DAN BENGKEL PLC DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Taklimat Professional Learning Community (PLC) atau Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dan Pembelajaran Abad ke-21 kepada semua Pengetua dan PK1 sekolah menengah daerah Segamat telah diadakan pada 24 September 2014 di Bilik Mesyuarat Al Jazari mulai 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Tujuan taklimat berkenaan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada mereka bagi dilaksanakan di setiap sekolah menjelang tahun 2015. Taklimat dipengerusikan oleh Tn Hj Sazali Bin Ahmad dan dikongsi sama pendedahan tersebut oleh En Prasad Rao, PPPD Bahasa Inggeris, En Zainalariffin B Abd Kadir, SISC+ Bahasa Inggeris Menengah, Tn Hj Mohd Noor B Abdullah, SISC+ Bahasa Melayu Menengah dan Tn Hj Zainal Ariffin Bin Suhaimi, SISC+ Bahasa Melayu Rendah.
Taklimat berkenaan juga akan disampaikan pada 7 Oktober 2014 di Bilik Seminar AlFarabi kepada semua Guru Besar dan pada 8 Oktober 2014 kepada semua PK1/PGB1.