Pada 15 September 2014, satu lawatan kerja telah dilaksanakan oleh AJK Anggota Khidmat Pelaksana (AKP) ke Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada Pembantu Am Rendah (PAR) dan Pembantu Am Pejabat (PAP). Lawatan yang julung kalinya diadakan bertujuan memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada mereka setelah sekian lama menaburkan khidmat bakti terhadap kerjaya mereka. Mereka dibawa melawat Muzium Negara, Masjid Negara dan Putra World Trade Centre (PWTC).
Dengan adanya lawatan tersebut juga mereka dapat menjalinkan hubungan keakraban sesama mereka disamping mengatur strategi bagi meningkatkan kerjaya mereka pada masa akan datang. Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ yang mengemudi lawatan berkenaan. Dapatan daripada lawatan berkenaan, mereka memuji pihak penganjur yang menghargai sumbangan mereka disamping lebih bermotivasi untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.
No comments:
Post a Comment