Wednesday, 3 December 2014

BENGKEL KERJA SSIG2

Bengkel kerja berkenaan telah dilaksanakan pada 2 dan 4 Disember 2014 di SK LKTP Tenang dan PPD Segamat. Tujuan...

Sunday, 16 November 2014

Thursday, 13 November 2014

CANTIKNYA SEKOLAH KITA



     
     
     

Nikmatilah suasana sekolah kita/rakan-rakan kita. Siapa kata KITA tidak pandai menguruskannya. Sekolah kita lambang diri kita sebagai pemimpin/ketua kepada organisasi kita. Ingat rakan-rakan, sebuah bangunan yang tersergam mencakar langit bermula dari sebatang pensil dan sehelai kertas. Oleh yang demikian, perancangan yang teliti sangat penting bagi memastikan kecemerlangan sekolah rakan-rakan. Gunakanlah segala ilmu dan kemahiran yang telah diperolehi, tambahkanlah dengan sekelumit motivasi diri dan "attitude" positif bagi memastikan pencapaian cemerlang sekolah rakan-rakan.

Buktikan!!!

Pemandangan sekolah anda akan dikeluarkan pada edisi akan datang, tunggu...

Tahniah kepada semua... Tahun 2015 tahun lonjakan bagi ssig2...

Monday, 10 November 2014

BENGKEL "PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY" (PLC)



   

       

Bengkel PLC Kumpulan 2 telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Oktober 2014 di SK Tebing Tinggi dan SK Buluh Kasap. Bengkel yang dipengerusikan oleh En Abdul Razak Bin Md Yassin, SISC+ Bahasa Melayu dan Pn Himawati Bte Hassan, SISC+ Matematik. 8 buah sekolah rendah yang terlibat ialah SK Buluh Kasap, SK Tebing Tinggi, SK LKTP Palong Timur 2, SJKC Kampung Tengah, SJKT Ladang Voules, SJKT Labis, SJKT Ldg Fortrose dan SJKT Ladang Nagappa. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan di sekolah masing-masing demi memartabatkan profesion pendidikan.


LAWATAN KERJA ANGGOTA KHIDMAT PELAKSANA (AKP)

Pada 15 September 2014, satu lawatan kerja telah dilaksanakan oleh AJK Anggota Khidmat Pelaksana (AKP) ke Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada Pembantu Am Rendah (PAR) dan Pembantu Am Pejabat (PAP). Lawatan yang julung kalinya diadakan bertujuan memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada mereka setelah sekian lama menaburkan khidmat bakti terhadap kerjaya mereka. Mereka dibawa melawat Muzium Negara, Masjid Negara dan Putra World Trade Centre (PWTC).
Dengan adanya lawatan tersebut juga mereka dapat menjalinkan hubungan keakraban sesama mereka disamping mengatur strategi bagi meningkatkan kerjaya mereka pada masa akan datang. Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ yang mengemudi lawatan berkenaan. Dapatan daripada lawatan berkenaan, mereka memuji pihak penganjur yang menghargai sumbangan mereka disamping lebih bermotivasi untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Monday, 6 October 2014

TAKLIMAT PLC DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Taklimat Professional Learning Community (PLC) atau Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) telah dilaksanakan pada 24 September 2014 kepada semua Pengetua dan PK1 sekolah menengah di Bilik Al Jazari, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat. Taklimat berkenaan juga telah disampaikan kepada semua Guru Besar sekolah rendah pada 7 Oktober 2014 dan kepada semua PK1/PGB1 sekolah rendah pada 8 Oktober 2014 di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, Segamat. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh SIPartner+ dan SISC+ dan En Prasad Rao, PPPD Bahasa Inggeris.

Friday, 26 September 2014

PROGRAM "STORM" UPSR 2014

Program "STORM" UPSR daerah Segamat telah diadakan pada 17 Ogos 2014 di PPD Segamat, 18 Ogos 2014 di SK Batu Anam dan 19 Ogos 2014 di SJKC Labis. Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memberikan motivasi dan sentuhan akhir kepada guru-guru tahun 6. Adalah diharapkan mereka dapat menyuntik semangat berguna kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Sazali B Ahmad, SIPartner+ dan Tn Hj Mohd Noor B Abdullah, SISC+ Bahasa Melayu Menengah. Turut serta sebagai Urus setia program berkenaan ialah En Hassan B Yunos, SISC+ Bahasa Melayu Rendah.

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN KHEMAH HARI RAYA

Kumpulan SIPartners+ dan SISC+ telah dinobatkan tempat ke-3 dalam pertandingan khemah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat PPD Segamat yang diadakan pada 20 Ogos 2014. Hadiah telah disampaikan oleh En Yasiran B Maskom, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat. Tempat pertama ialah kumpulan Fasilinus manakala tempat kedua ialah kumpulan Majlis Guru Besar (MGB) Segamat. Tahniah atas kerjasama yang diberikan...

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU MUDA

Kursus Profesional bagi guru-guru muda daerah Segamat telah dilaksanakan pada 22 dan 23 September 2014 di SK Bandar Putra Segamat mulai jam 2.00 - 5.00 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Sazali B Ahmad, SIPartner+ dan Tn Hj Mohd Noor B Abdullah , SISC+ Bahasa Melayu Menengah.
Tujuan kursus berkenaan tersebut dilaksanakan adalah untuk memberikan motivasi kepada guru-guru berkenaan dalam kerjaya mereka. Disamping itu, mereka juga didedahkan dengan Dasar-Dasar Kerajaan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM).
Turut serta menguruskan kursus berkenaan ialah En Yunos B Auda, Penyelia Pembangunan dan Bekalan, Tn Hj Mohd Elham B Soheh, Guru Besar SK Bandar Putra; Tn Hj Ramli B Ramlan, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman dan Tn Hj Saadon B Hj Virdani, Guru Besar SK LKTP Tenang.

TAKLIMAT DAN BENGKEL PLC DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Taklimat Professional Learning Community (PLC) atau Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dan Pembelajaran Abad ke-21 kepada semua Pengetua dan PK1 sekolah menengah daerah Segamat telah diadakan pada 24 September 2014 di Bilik Mesyuarat Al Jazari mulai 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Tujuan taklimat berkenaan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada mereka bagi dilaksanakan di setiap sekolah menjelang tahun 2015. Taklimat dipengerusikan oleh Tn Hj Sazali Bin Ahmad dan dikongsi sama pendedahan tersebut oleh En Prasad Rao, PPPD Bahasa Inggeris, En Zainalariffin B Abd Kadir, SISC+ Bahasa Inggeris Menengah, Tn Hj Mohd Noor B Abdullah, SISC+ Bahasa Melayu Menengah dan Tn Hj Zainal Ariffin Bin Suhaimi, SISC+ Bahasa Melayu Rendah.
Taklimat berkenaan juga akan disampaikan pada 7 Oktober 2014 di Bilik Seminar AlFarabi kepada semua Guru Besar dan pada 8 Oktober 2014 kepada semua PK1/PGB1.

PENERBITAN PUMPLET SIPARTNERS+, SISC+ DAN SKPM 2014


Kumpulan SIPartners+ dan SISC+ telah menerbitkan pumplet berkenaan pada bulan September ini. Tujuan ianya diterbitkan adalah untuk menyebarkan maklumat kepada warga pendidikan daerah Segamat khasnya dan masyarakat amnya mengenai peranan yang dimainkan oleh SIPartners+ dan SISC+. Disamping itu, kami juga menerbitkan pumplet SKPM sebagai rujukan dan panduan warga pendidikan. Insya-Allah kami dalam proses untuk menerbitkan beberapa buah pumplet lagi seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Professional Learning Community (PLC) dan Pembelajaran abad ke-21. Semoga ianya dapat dimanfaatkan...

Monday, 5 May 2014

TAKLIMAT PROFESIONAL KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR

Taklimat tersebut telah diadakan pada 5 Mei 2014 di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman. Turut memberikan taklimat kepada semua pengetua dan guru besar daerah Segamat ialah En Yasiran Bin Maskom, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat; Tn Hj Hamzah Bin Ahmad, Timbalan PPD; En Hazni Bin Othman, PPPD Aset dan Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ yang menjelaskan mengenai peranan dan tugas SIPartner+ dan SISC+. Diharapkan semua pengetua dan guru besar akan memperolehi manfaat demi memantapkan pengurusan di sekolah masing-masing.

BICARA ILMIAH PPD BERSAMA-SAMA GURU TAHUN 6

Bicara tersebut telah diadakan pada 20, 21 dan 22 April 2014. Pada 20 April 2014 guru-guru tahun 6 dari SJKC dan SJKT seluruh daerah Segamat telah mendengar bicara ilmiah daripada En Yasiran Bin Maskom, Pegawai Pendidikan Daerah; En Azmi Bin Sukiman, Ketua Unit Akademik dan Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ di Dewan SJKC Li Chi. Pada 21 dan 22 April 2014, guru-guru tahun 6 dari SK pula diberikan taklimat di SK Temenggong Abdul Rahman. Tujuan program berkenaan dilaksanakan adalah untuk memberikan suntikan semangat kepada guru-guru tahun 6 yang bakal membuktikan kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini. Turut serta dalam program berkenaan adalah pegawai-pegawai Unit Pengurusan Akademik, SISC+ dan Guru Besar sekolah rendah.

2 BUAH SEKOLAH SSIG2 DAPAT NEW DEAL

Tahniah kepada 2 buah sekolah dari Segamat School Improvement Group 2 (SSIG2) yang telah dianugerahkan New Deal pada 18 April 2014 yang lalu. Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah dan SJKC Karas. Disamping itu, sekolah lain yang turut serta menerima anugerah berkenaan adalah SK Canossian Convent, SK LKTP Maokil 1, SK LKTP Maokil 2 dan SJKT Sungai Muar. Semoga anugerah tersebut akan memberikan suntikan semangat kepada sekolah-sekolah lain untuk terus berusaha bagi mencapai anugerah tersebut. Bekas Guru Besar SK Mensudut Pindah ialah Pn Zameha Bte Karuni manakala Guru Besar SJKC Karas ialah Pn Tay Chin Meng. Tahniah!

Sunday, 4 May 2014

SJKC TAMBANG - BERUSAHA UNTUK CEMERLANG

Walaupun kedudukannya jauh di pedalaman, SJKC Tambang tidak ketinggalan untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu meraih kejayaan seperti sekolah lain. 2 orang calon UPSR pada tahun ini berusaha untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu meraih kejayaan cemerlang. Goo Wei Shen dan rakannya Koh Jia Jun berazam untuk meraih kecemerlangan tersebut pada UPSR tahun ini. Guru Besar SJKC Tambang, Pn Ong Yeh Ying mengakui bahawa ianya amat sukar tetapi tidak mustahil, mereka mampu membuktikannya. Tahniah!

Wednesday, 9 April 2014

DISKUSI SEGAMAT SCHOOL IMPROVEMENT GROUP

Diskusi berkenaan telah dilaksanakan pada 9 April 2014 di Bilik Gerakan DTP PPD Segamat. Tujuannya adalah untuk berkongsi pandangan dan pengalaman serta membincangkan isu yang timbul semasa kunjung bantu ke sekolah-sekolah berkenaan.
Hadir sama ialah Hj Sazali Bin Ahmad, En Sallehuden Bin Zulkifli, Mohd Jazzmill Bin Hj Ahamad, Tn Hj Zainal Ariffin Bin Suhimi, En Hassan Bin Hj Yunus, En Abd Razak Bin Md Yassin, En Zainalarifin Bin Hj Abd Kadir dan Pn Himawati Bte Hassan.

Tuesday, 8 April 2014

KITA MAMPU MEREALISASIKANNYA

Sebulan telah berlalu bagi melaksanakan kunjung bantu sebagai School Improvement Partner + (SIPartner+). Kebanyakan sekolah rendah telah dikunjungi, yang pasti bahawa semua murid yang dikunjungi yakin dengan bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar guru besar dan guru-guru, mereka mampu untuk memperolehi prestasi yang terbaik dalam sejarah hidup mereka.
Oleh yang demikian, kita sebagai perancang dan pelaksana sudah pasti akan mengatur segala strategi yang tepat bagi memastikan anak-anak
didik kita mencapai prestasi terbaik. Mereka sangat yakin bahawa kita mampu merealisasikan hasrat mereka.
Maka, sudah sampai masanya untuk kita bertindak dengan tepat dan berani. Jika SK Mensudut Pindah dan SJKC Karas telah menunjukkan buktinya bahawa mereka layak dianugerahkan New Deal pada tahun ini, mengapa pula sekolah kita tidak mampu mencapainya pada tahun hadapan? Mari kita buktikan, bahawa kita juga layak meraihnya...

Wednesday, 2 April 2014

DISKUSI PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH SJKT KUMPULAN 2

Diskusi tersebut telah dilaksanakan pada 26 Mac 2014 di Bilik Mesyuarat Al-Jazari, PPD Segamat. Seramai 3 orang Guru Besar dan 2 orang Pembantu Guru Besar telah hadir dalam diskusi berkenaan. Turut serta dalam diskusi berkenaan adalah Pn Himawati Binti Hasan, SISC+ Matematik dan En. S.Kanagalingam, PPPD Bahasa.
Guru Besar yang hadir ialah Pn Vasenther a/p Sukumarian, SJKT Labis; Pn. M.Givarani a/p Muniandy, SJKT Fortrose dan Pn. Jayanthy a/p S.Murugesu, SJKT Ladang Voules.
Dalam diskusi yang dipengerusikan oleh Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ telah membincangkan analisis trend UPSR, analisis trend SKPM disamping mengenal pasti masalah yang wujud disetiap sekolah dan kaedah menangani masalah tersebut. Adalah diharapkan diskusi ini dapat memberikan suntikan kepada peserta untuk meningkatkan mutu pengurusan dan prestasi sekolah.

Tuesday, 1 April 2014

IMEJ SEKOLAH IMEJ KETUA

 Beberapa buah sekolah telah sempat dikunjung bantu oleh SIPartner+ dan SISC+ daerah Segamat sepanjang bulan Mac ini. Semua sekolah yang dikunjungi telah menerima kahadiran kami dengan hati terbuka. Sepanjang kunjungan berkenaan, kami telah berbincang dari hati ke hati untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang diperolehi di sekolah berkenaan, disamping untuk merapatkan tali persahabatan antara SIPartner+/SISC+ dengan pihak sekolah terutamanya Guru Besar.
Banyak kekuatan yang diperolehi disetiap sekolah yang melibatkan aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Tahniah kepada Guru Besar yang telah memulakan langkahnya bagi memastikan kejayaan dan peningkatan prestasi sekolah masing-masing. Disamping prestasi akademik, kehadiran murid dan disiplin murid semestinya diambil kira.  Sesungguhnya kebersihan, keceriaan dan kekemasan kawasan sekolah adalah lambang imej pentadbirnya. Oleh itu, adalah diharapkan Guru Besar dapat meningkatkan imej sekolah masing-masing.

Wednesday, 26 March 2014

LAWATAN KUNJUNG BANTU SIP+ DAN SISC+

SIP+ dan SISC+ daerah Segamat yang telah menerima surat pelantikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 6 Februari 2014 di Jabatan Pendidikan Johor telah pun melaksanakan tugas mereka dengan melawat sekolah dibawah seliaan mereka.
Bilangan SIP+ yang selayaknya seramai 4 orang. Walau bagaimanapun setakat ini hanya 2 orang sahaja yang baru mendapat surat pelantikan iaitu En Sallehuden Bin Zulkifli dan Tn Hj Sazali Bin Ahmad. Bagi jawatan SISC+, mereka yang dilantik ialah Tn Hj Mohd Noor Bin Abdullah, SISC+ Bahasa Melayu Menengah dan En ZainalAbidin Bin Abd Kadir, SISC+ Bahasa Inggeris Menengah. Bagi sekolah rendah, SISC+ Matematik yang dilantik ialah En Mohd Jazzmill Bin Hj Ahamad dan Pn Himawati Bte Hassan manakala SISC+ Bahasa Melayu ialah En Hassan Bin Hj Yunus, En Abd Razak Bin Yassin dan Tn Hj Zainal Ariffin Bin Suhimi.
Dengan pelantikan SIP+ dan SISC+ berkenaan, adalah diharapkan mereka dapat membantu dan membimbing pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah di daerah ini.

DISKUSI PENINGKATAN PRESTASI SSIG2 SEKOLAH KEBANGSAAN

Diskusi peningkatan prestasi bagi sekolah kebangsaan kumpulan 2 telah diadakan pada 19 Mac 2014 bertempat di SK Kuala Paya, Segamat. Tujuan ianya diadakan adalah untuk mengenal pasti status kedudukan sekolah dalam peperiksaan UPSR dan penarafan sekolah dalam SKPM. Semua 11 buah sekolah terlibat hadir bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran masing-masing. Turut serta bagi mempengerusikan diskusi berkenaan ialah Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ bagi kumpulan 2. Adalah diharapkan dengan adanya diskusi berkenaan, semua guru besar terlibat akan mengenal pasti dimana mereka berada, kemana mereka hendak tujui dan bagaimana untuk mencapainya dalam memimpin sekolah masing-masing.

Sunday, 23 March 2014

DISKUSI PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH SSIG2 2014

Diskusi yang julung kalinya dilaksanakan pada 27 Februari 2014 di SMK Gemereh bersama-sama 27 orang Pengetua dan Guru Besar yang dipengerusikan oleh Tn Hj Sazali Bin Ahmad, SIPartner+ dan dibantu oleh Tn Hj Mohd Noor Bin Abdullah, En Zainal Ariffin Bin Abd Kadir dan Pn Himawati Bte Hassan selaku SISC+ daerah Segamat. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk memberikan penjelasan mengenai peranan SIPartner+ dan SISC+ dalam kumpulan ini. Diharapkan dengan diskusi berkenaan dapat menyuntik motivasi Pengetua dan Guru Besar.

Saturday, 22 March 2014

Selamat Datang

Selamat Datang ke Laman Segamat School Improvement Group!